Koordinator wanita Dun SRI Muda mengiringi YB Shuhaimi ke majlis perasmian syarikat Restu Rezeki Enterprise di jalan kebun pada 3 july 2010.Syarikat ini membekalkan berbagai kuih-muih diantaranya biskut raya ,kerepek dan sebagainya.
3 Julai 2010 Koordinator wanita dun sri muda mengikuti program spies keluarga tahsinul ibadah;Keajaiban Solat di masjid AN NAIM Jalan kebun.Seramai 300 orang perserta menyertai program ini.
Koordinator Wanita Dun Sri Muda menziarahi En.Razali yang tinggal di Pangsapuri PPR Hicom yang kini sedang mengidap sakit jantung.Beliau adalah seorang bapa tunggal dan mempunyai tiga orang anak ,dua darinya masih bersekolah.Adun Sri Muda YB Shuhaimi Shafie telah memberi sumbangan sebanyak RM.500.00 berserta barang makanan.
Koordinator Wanita Dun Sri Muda mengiringi YB.Shuhaimi Shafie merasmikan program gotong-royong dan upacara pecah tanah Gajah Meyusur di sekolah rendah seksyen 27(1)Alam Megah pada 5hb Jun 2010.